Menjadi Perancang Kewangan CWA
1. Apakah kelayakan yang saya perlukan untuk menjadi seorang Perancang Kewangan?
Pemegang ijazah universiti digalakkan memohon. Kelayakan minimum adalah SPM. Paling penting, anda perlu memiliki kualiti berikut: BIJAK, SUKA MEMBANTU, CERIA, BERDAYA USAHA.
2. Saya masih bekerja tetapi berminat untuk menjadi Perancang Kewangan separuh masa
Anda dialukan untuk menyertai kami sebagai Para Planner (Pembantu Perancang). Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan ini, emel kami untuk maklumat lanjut
3. Bagaimanakah saya menerima bayaran sebagai Perancang Kewangan?
Anda akan menerima yuran profesional untuk khidmat nasihat anda dan daripada pelbagai aliran pendapatan bergantung kepada rangkaian penyelesaian kewangan yang anda laksanakan untuk pelanggan anda.
4. Jika saya tidak tinggal di bandar, bolehkah saya menyertainya?
Ya, pasti boleh. Di mana anda tinggal bukan persoalannya tetapi betapa tinggi semangat anda dan sebagus mana anda membina kepercayaan dan rangkaian pelanggan anda. Klik di sini untuk pautan perhubungan kami.
5. Adakah saya memerlukan lesen untuk menjadi pengamal perancangan kewangan?
Untuk anda layak menjadi perancang kewangan anda perlu memperolehi Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal. Jika anda belum mempunyai lesen anda boleh menjadi Para Planner (Pembantu Perancang)
6. Adakah saya dikehendaki memasarkan semua produk CWA?
Walaupun kami mempunyai rangkaian produk terunggul, ia terpulang kepada anda kerana kami sangat fleksibel.
7. Jika saya seorang ejen insurans, bolehkah saya juga menjadi Perancang Kewangan CWA?
Tentulah! Dengan pengalaman dan rangkaian perhubungan anda, kami yakin anda pasti akan berjaya.
8. Apakah perbezaan di antara Perancang Kewangan dan Perunding CWA?
Perancang kewangan adalah ahli profesional yang mempunyai Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal dan berperanan untuk memetakan pelan solusi menyeluruh untuk mencapai matlamat hidup yang diinginkan. Perunding CWA memasarkan produk pelaburan, perlindungan dan pengekalan yang spesifik.
No comments:
Post a Comment