Kenali Kami
CWA merupakan cabang pengurusan kewangan dan pengedaran produk bagi CIMB-Principal Asset Management Berhad. CWA membantu dalam pelaburan, perlindungan dan pengekalan dana melalui platform kepelbagaian produk yang mengintegrasikan pengedaran dana unit amanah bersama dengan penyelesaian pengurusan aset menyeluruh termasuk pelan perlindungan, penamaan amanah dan harta pusaka. Melalui pendekatan holistik dan gabungan strategik bersama rakaniaga bereputasi, CWA menawarkan produk-produk kewangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan matlamat setiap individu secara khususnya.Dengan lebih 5000 Perancang Kewangan dan Perunding terlatih yang berdaftar dengan FIMM di seluruh negara, CWA sentiasa bersedia untuk menyediakan pelbagai produk terkini dan nasihat yang membina.
Falsafah Utama
Visi Kami
Untuk menjadi pengurus pelaburan paling ternama di Asia Tenggara yang menawarkan penyelesaian pengurusan aset menyeluruh.
Misi Kami
Untuk membantu pelabur kami mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka
Prinsip Utama Kami
Berfikir secara positif untuk mencari solusi – laksanakan dengan penuh bersemangatHormati orang lain dengan kejujuran dan keprihatinan
Bangkitkan rasa ingin tahu dan sentiasa mencari ilmu
Tampilkan keberanian dan inisiatif – pantas bertindak
Bekerjasama untuk mencapai prestasi terbaik
No comments:
Post a Comment