Pages

Tuesday, 27 January 2015

Dana Unit Amanah Tersedia Untuk SPA KWSP
CWA membolehkan anda melaburkan sebahagian daripada Simpanan KWSP anda ke dalam rangkaian penuh dana unit amanahnya.

Di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP), ahli boleh melabur tidak lebih 20% daripada lebihan kredit Simpanan Asas dalam Akaun 1. Amaun simpanan minimum yang boleh dikeluarkan adalah RM1,000 dan boleh dibuat pada selingan setiap tiga bulan dari tarikh pindahan terakhir, tertakluk kepada kesediaan Simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1.

Amaun anggaran adalah sebagai panduan untuk jumlah kelayakan bagi pengeluaran pelaburan. Amaun sebenar boleh diperolehi dari kaunter KWSP terdekat. 


Friday, 16 January 2015

Perniagaan Unik Anda
Dengan adanya pelbagai peluang pelaburan yang sedia ada di pasaran hari ini, kami perlu menyerlah, berbeza dan lebih bermakna kepada bakal pelanggan kami.
Sebagai permulaan, anda telahpun mempunyai satu produk unik untuk memikat prospek anda!
‘Melabur, Melindungi, Mengekalkan’ adalah pakej lengkap yang bergerak dengan sinergi dan mudah dijelaskan, kerana ia dapat memperlihatkan sistem pertumbuhan kewangan yang wajar.
Model perniagaan bersepadu kami membolehkan anda melakukan jualan-silang serta jualan-ke-atas daripada rangkaian pelbagai produk, sekaligus dapat membina perhubungan sepanjang hayat bersama pelanggan anda.


Peranan Anda sebagai Perunding
  • Untuk membantu pelanggan menganalisa situasi kewangan mereka, menetapkan matlamat pelaburan dan menyarankan pelan pelaburan untuk mencapai matlamat mereka dengan kepelbagain rangkaian produk dan perkhidmatan Perunding CWA
  • Untuk menasihati pelanggan cara membina portfolio pelaburan unit amanah yang berkepelbagaian selepas mempertimbangkan toleransi risiko dan tempoh pelaburan mereka.
  • Untuk sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelanggan sebagai semakan atas potensi pulangan pelaburan mereka.
  • Untuk membina perhubungan yang saling mempercayai dengan pelanggan melalui khidmat nasihat yang beretika dan profesional.
  • Untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan aspirasi untuk menjadi perunding yang ‘mencipta-nilai’.


Manfaat Anda
Role & BenefitsSebagai Perunding CWA, anda dinilai berdasarkan nasihat dan kaedah penyelesaian anda:


  • Bantu pelanggan anda menganalisa keadaan kewangan mereka
  • Tetapkan matlamat pelaburan mereka
  • Tentukan ketahanan risiko dan tempoh pelaburan mereka
  • Sarankan pelan pelaburan merangkumi pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan
  • Memantau dan mengimbangi semula portfolio secara konsisten untuk hasil yang optimum
  • Sentiasa memaklumkan maklumat terkini kepada pelanggan anda
  • Tambah kemahiran dan pengetahuan agar anda sentiasa bersedia untuk berkongsi dengan pelanggan anda.

Perjalanan untuk membina Perniagaan unik anda telah bermula! 

Kami menjadikannya amat bermakna
Pelbagai sumber pendapatan dari pelbagai rangkaian produk
Sertai rangkaian perunding kami yang pesat berkembang dan mula menjana pendapatan anda. Dengan strategi yang telah terbukti, anda akan mengetahui betapa hebatnya menikmati lebihan pendapatan. Anda akan memasarkan rangkaian produk terkemuka dan menggandakan pendapatan anda. Bukan itu sahaja, anda juga sentiasa berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda melalui sesi latihan.



Peluang Anda
Membina Perniagaan Anda Sendiri
CWA adalah pengedar pelbagai produk terkemuka di Malaysia. Kami mempunyai lebih daripada 5000 perunding berdaftar FIMM di 46 cawangan serantau dan pejabat jualan di seluruh negara.

Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada industri yang pesat membangun ini di mana peluang dan ganjaran tidak ada hadnya. Anda akan dilengkapkan dengan produk yang tepat, kaedah yang terbukti dan komitmen sokongan yang kukuh. Selebihnya terpulang kepada anda.


Bina Empayar Kewangan Anda Bersama CWA
Jika anda merasakan ia kedengaran luar biasa, anda dengan pantas akan menyedari bahawa ia sebenarnya boleh dicapai dengan sokongan teguh kami.


  • Skim komisyen kami yang sangat menarik menggalakkan anda melangkah lebih jauh.
  • Persekitaran positif dan kepimpinan dinamik menggalakkan dan memotivasikan anda untuk pencapaian yang lebih tinggi.
  • Kekuatan kewangan sebagai sebahagian daripada kumpulan kewangan dinamik memastikan anda mempunyai sokongan yang diperlukan.
  • Sistem pentadbiran dan latihan yang cemerlang meningkatkan prestasi anda.
  • Portfolio perkhidmatan pelbagai-produk meningkatkan peluang anda untuk jualan-silang.
  • Berteraskan-keputusan dan ganjaran prestasi menjadi sumber galakan.



Khidmat Nasihat Kewangan


Anda tentukan, kami tunjukkan arah
Matlamat kewangan anda mungkin untuk membiayai pengajian kolej anak anda, rancangan persaraan, mempelbagaikan portfolio atau mungkin gabungan matlamat yang lebih rumit, namun ia menjadi tugas kami untuk memudahkan dan mengkaji pelbagai strategi kewangan yang kompleks untuk memastikan anda mendapat pakej yang paling sesuai demi mencapai matlamat anda.
Khidmat nasihat kewangan peribadi:Personal Wealth Advisory Services
  • Perancangan Aliran Tunai
  • Pengurusan Kredit
  • Pengurusan Risiko
  • Perancangan Perlindungan
  • Perancangan Pelaburan
  • Perancangan Persaraan
  • Perancangan Pendidikan
  • Perancangan Harta Pusaka
  • Perancangan Cukai
  • Solusi Perbankan




Bersara dengan ganjaran
Retirement PlanningWalau apapun maksud persaraan kepada anda, ia boleh menjadi lebih baik jika anda telah merancang dengan sempurna untuknya. Soalan paling penting adalah Berapa Banyakkah Yang Saya Perlukan? Kami akan membantu anda mengira berdasarkan aspirasi impian anda, menilai kedudukan semasa anda, mengambil kira kebimbangan dan harapan, dan akhirnya memilih landasan yang tepat untuk anda mencapainya. Kami percaya, kehidupan semasa bersara seharusnya menjadi saat yang paling indah untuk dinikmati.

Menjadi Perancang Kewangan CWA
Kenali Kami

CWA merupakan cabang pengurusan kewangan dan pengedaran produk bagi CIMB-Principal Asset Management Berhad. CWA membantu dalam pelaburan, perlindungan dan pengekalan dana melalui platform kepelbagaian produk yang mengintegrasikan pengedaran dana unit amanah bersama dengan penyelesaian pengurusan aset menyeluruh termasuk pelan perlindungan, penamaan amanah dan harta pusaka. Melalui pendekatan holistik dan gabungan strategik bersama rakaniaga bereputasi, CWA menawarkan produk-produk kewangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan matlamat setiap individu secara khususnya.Dengan lebih 5000 Perancang Kewangan dan Perunding terlatih yang berdaftar dengan FIMM di seluruh negara, CWA sentiasa bersedia untuk menyediakan pelbagai produk terkini dan nasihat yang membina.
Profile: About Us





Falsafah Utama
Visi Kami
Untuk menjadi pengurus pelaburan paling ternama di Asia Tenggara yang menawarkan penyelesaian pengurusan aset menyeluruh.


Misi Kami
Untuk membantu pelabur kami mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka


Prinsip Utama Kami
Berfikir secara positif untuk mencari solusi – laksanakan dengan penuh bersemangat
Hormati orang lain dengan kejujuran dan keprihatinan
Bangkitkan rasa ingin tahu dan sentiasa mencari ilmu
Tampilkan keberanian dan inisiatif – pantas bertindak
Bekerjasama untuk mencapai prestasi terbaik
Apakah kelebihan pelaburan unit amanah?
Kelebihan Pelaburan Unit Amanah
Hari ini semakin ramai pelabur yang memilih unit amanah berbanding pelaburan di pasaran saham atas pelbagai sebab.
Mereka dapat melabur dalam kepelbagaian portfolio dan menikmati kelebihan kepakaran dalam pengurusan dana tertentu, dalam nilai dana yang mampu dibeli dan risiko yang minimum. Pelaburan unit amanah mereka dicipta khas untuk memenuhi keperluan khusus masing-masing dan sentiasa dipantau, sekaligus menjimatkan masa dan sumber berharga.
Setiap pelaburan pastinya mempunyai elemen risiko. Kerana itu, amat penting untuk mengetahui apakah faktor risiko yang bakal anda hadapi. 






Perlindungan kekayaan
Insurans
Untuk membantu anda lebih memahami kedudukan semasa, pertimbangkan soalan berikut:
  • Adakah pasangan anda yang masih hidup mempunyai aset mencukupi yang boleh digunakan?
  • Bolehkah tanggungan anda meneruskan gaya hidup semasa mereka?
  • Adakah mereka akan kehilangan rumah mereka?
  • Adakah mereka perlu mengorbankan pendidikan tinggi mereka?
  • Adakah rawatan perubatan utama mengurangkan simpanan anda?
  • Bolehkah anda menikmati jaminan kewangan apabila bersara?
  • Bolehkah perniagaan diteruskan?
Jika anda telah membina perniagaan sendiri, amat penting untuk memastikan semua kerja keras dan harta anda dilindungi sepenuhnya melalui perancangan yang tepat.
Setiap orang berbeza dan berhak mendapatkan pelan perlindungan individu yang khusus untuk mereka. Berbicaralah dengan kami dan kami akan menghasilkan pelan perlindungan yang paling tepat untuk anda.
Takaful
  • Adakah anda telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim untuk menyediakan yang sewajarnya untuk keluarga dan komuniti anda?
  • Tahukah anda bahawa anda boleh membantu komuniti anda melalui produk Takaful yang mematuhi Syariah?
Kami memahami bahawa sebagai Muslim yang baik, anda sewajarnya memastikan kesejahteraan keluarga anda dengan menyumbang ke dalam dana Tabarru’. Dalam menyediakan rangkaian produk Takaful mematuhi Syariah tanpa faedah kepada anda, kami juga turut memastikan anda mampu menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim.


Perancangan Harta Pusaka
Kelebihan solusi pengekalan kekayaan kami

Kami tahu proses yang perlu dilalui amat remeh dan sukar terutamanya apabila ia melibatkan tuntutan aset. Kerana itulah kami berada selangkah di hadapan dan turut menyediakan pelbagai kelebihan untuk anda.
Kelebihan kemudahan:
  • Pelaburan unit amanah anda diserahkan terus kepada penama anda.
  • Tanpa bersusah-payah, tanpa kesulitan, tidak perlu bersusah-payah.
  • Tiada prosedur berpanjangan.
  • Tidak terlepas ke tangan yang salah.
  • Tanpa publisiti yang tidak diingini di mahkamah probet.
  • Melindungi aset anda.
  • Minda yang tenang, seperti yang anda mahukan.
Kelebihan perkhidmatan:
  • Penulisan Wasiat
  • Amanah
  • Penyerahan Kuasa Peguam
  • Amanah Hidup atau Kuasa Peguam atas Perubatan
Islamic Financial Planning
Kami juga berkemahiran dalam perancangan kewangan mematuhi Syariah dan menawarkan rangkaian produk yang komprehensif : Penulisan Wasiat, Harta Sepencarian, Pri-Hibah, Pri-Niaga. Semuanya dicipta untuk mematuhi garis panduan asas Islam dan mencerminkan kemahuan individu untuk menerapkan semangat Keislaman.


hubungi
Muhammad Syahir Jaafar
Group Agency Manager
CIMB Wealth Advisors a CIMB Pricipal Brand
Investment Track Record
CIMB-Principal's unique investment policy has also flourished due to its team's diverse backgrounds in economics, accounting and finance. Their expertise lies not only in Malaysian equities, but also in fixed interest securities and cash investments. In addition to this, CIMB-Principal also works closely with its shareholders i.e. CIMB and Principal Group in various areas of fund management.

Performance Measurement & Awards
CIMB-Principal's past performance has also proven that its investment philosophy is sound. Awards have been conferred by different organizations in recognition of CIMB-Principal's accomplishments for investment performance, communication, product innovation, and client service.
Awards & Achievements
  • 2015
    • Conferred ByAwardDescription
      Asia Asset Management Best of the Best Awards 2014Malaysia, CEO of the Year: Munirah Khairuddin In recognition of CIMB-Principal's CEO Munirah Khairuddin'ss overall achievement, in particular market leadership over a rolling 2-year period.
2014 CIMB
Award
Congratulation 





Conferred By
AwardDescription
Alpha Southeast Asia 2014Best Asset Manager in Southeast Asia In recognition of CIMB-Principal Asset Management Berhad's performance as the best asset manager in Southeast Asia 
The Asset Triple A Asset Servicing, Fund Management and Investor Awards 2014
Asset Management Company of the Year, MalaysiaIn recognition of the best asset management company that has built a comprehensive platform for investing across different asset classes and servicing the needs of corporate as well as retail clients. With consistent above-benchmark performance, CIMB-Principal has set the tone for innovation and industry practice.
2014 Morningstar Category Awards (Malaysia)Best Malaysia Equity FundIn recognition of CIMB-Principal's investment performance for its CIMB-Principal Small Cap Fund for the year ended December 31, 2013.
2014 Morningstar Category Awards (Malaysia)Best Asia-Pacific Equity FundIn recognition of CIMB-Principal's investment performance for its CIMB-Principal Equity Growth & Income Fund for the year ended December 31, 2013.
The Edge | Lipper Fund Awards 2014Best Performing Funds– Malaysia In recognition of CIMB-Principal's investment performance for the following funds for the year ended December 31, 2013:
Equity Malaysia, 10 years -CIMB-Principal Equity Fund Equity Global, 3 years - CIMB-Principal Global Titans Fund Equity Asia Pacific ex-Japan (Islamic), 3 years - CIMB Islamic Equity Fund Equity Asia Pacific ex Japan (Islamic), 5 years - CIMB Islamic Equity Fund Equity Malaysia (Islamic), 10 years - CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund Equity Asia Pacific Ex Japan, 3 years - CIMB-Principal Equity Income Fund Equity Asia Pacific Ex Japan, 5 years - CIMB-Principal Equity Income FundEquity Malaysia Small and Mid Caps, 3 years - CIMB-Principal Small Cap Fund

Friday, 9 January 2015



Konsultan-Konsultan baru bersama CIMB Wealth Advisors Seksyen 13 Shah Alam. Kerjaya Professional secara Sepenuh @ Separuh masa. Latihan Teori & Praktokal diberi untuk Keyakinan yang tinggi ketika bersama Pelanggan.

Sertai kami segera.

Saturday, 3 January 2015



Peluang Kerjaya Bersama CIMB Wealth Advisors a CIMB Principal Brand. Kerjaya Konsultan bersama CIMB. Kerjaya berkualiti secara Sepenuh @ Separuh Masa. Kerjaya Professional bersama CIMB.

Mendidik Rakyat Malaysua Simpanan.Takaful.Persaraan.Pengurusan Harta.
Pelan Kerjaya jangka masa panjang bersama CIMB.
2015 peluang anda semakin Luas Bersama CIMB.

#cimb #cwa #cwashahalam #cwaipoh #cwajb #cwamelaka #championgroup